Seorang remaja lelaki yang menyusun kasut jemaah di Masjid Al Shariff Gombak baru-baru ini mendapat perhatian netizen selepas video tersebut dimuat naik ke Facebook dan mendapat lebih dari 40,000 perkongsian dengan lebih dari 800 komen.
Video tersebut telah menjadi viral sejak Ahad itu dikatakan telah dirakam dan dimuat naik oleh seorang lelaki yang menggunakan nama Putera Rawi selepas teruja melihat indakan remaja itu sejak beberapa hari lalu.
Video yang mendapat respon positif netizen itu juga menerima komen memuji tindakan mulia remaja tersebut selain menjadi contoh terhadap kerja amal yang dilakukannya.
Semoga ramai remaja kita dapat contohi perbuatan mulia seperti remaja tersebut.
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"