IPOH: Seorang warga emas perempuan berumur 62 tahun yang sedang menjalani rawatan mental di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) maut dipercayai dibunuh oleh seorang lagi pesakit di hospital berkenaan, petang Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Gan Tian Kee berkata, kejadian itu sedang disiasat.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 petang itu, pihak polis menahan suspek wanita berusia 22 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. - Bernama
PERHATIAN:
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"